Guru Ulang Alik 135KM Redah Jalan Lumpur Ajar Anak Orang Asli Bakal Terima “Scrambler”

Assalamualaikum


Sebelum ini tular sekeping gambar seorang guru di Pahang yang terpaksa berulang alik sejauh 135 kilometer setiap hari meredah hutan dan jalan becak untuk mengajar anak-anak murid orang asli di sebuah sekolah di kawasan pedalaman.

Kerana kisahnya itu yang tular, sebanyak RM12,000 telah berjaya dikumpul dalam sebulan hasil bantuan orang ramai untuk diserahkan kepada Ahmad Saidin Mohd Idris agar dapat membeli motosikal baru yang lebih selesa dengan keadaan perjalanan sehariannya itu.

“Kami bertuah semuanya berjalan lancar,” kata  Hazim Nordin yang merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan tabung dana bantuan berkenaan.

Mendapat perhatian warga internet, orang ramai mula menderma supaya beliau dapat membeli motosikal “Scrambler” bagi memudahkan perjalanannya seharian ke sekolah.

Ahmad Saidin, 40, dilaporkan terpaksa berulang-alik dari Kuala Medang, Lipis di Pahang, melalui jalan berlumpur dan berbukit demi mendidik anak-anak Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Lenjang.

SK Lenjang di Lipis, Pahang mempunyai murid seramai 456 dari 17 penempatan Orang Asli, di mana untuk ke sekolah berkenaan dia perlu mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan melalui jalan pembalakan yang berbukit.

Bapa kepada dua orang anak yang masih kecil itu memberitahu yang dia tidak tinggal di kuarters yang disediakan berhampiran sekolah kerana perlu menjaga keluarganya menyebabkan dia memilih berulang alik merentasi jalan balak di kawasan bukit bukau.


0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.