BACA DAN FAHAMI : INILAH 10 PERKARA YANG IBU TIDAK PERNAH CERITAKAN KEPADA KITA.

Assalamualaikum


Seperti yang kita ketahui, ibulah orang yang paling rapat dengan kita sejak kita dilahirkan. Bermulalah daripada mengandungkan kita sehingga kita besar dan berpisah jarak yang mana si anak akan tinggal berasingan untuk belajar dan juga bekerja.

Kadang-kadang sehingga kita lupa akan ibu kita yang jauh di kampung halaman. Walaupun sering mengirimkan wang ringgit bagi perbelanjaan mereka adakah itu sebenarnya bagi mereka? Sudah tentu tidak melainkan dapat melihat anak-anak di depan mata lebih-lebih lagi ketika mereka sudah tidak berupaya menjalankan tugas harian seperti biasa.

Maka di sini ingin kami kongsikan 10 perkara yang mana apakah yang dilakukan mereka sejak anda kecil dan apakah pengorbanan yang dilakukan mereka semenjak dia mula mengandungkan anda. Supaya anda tahu siapa anda sebenarnya di hati mereka.

1. Anda membuatkan dia menangis

Dia menangis ketika tahu mengandungkan anda. Dia menangis setelah melahirkan anda. Dia menangis kerana bahagia. Dia menangis kerana ketakutan. Dia menangis kerana bimbang. Dia menangis kerana dia memahami anda. Dia turut merasa sakit dan juga bahagianya anda sama ada anda sedar atau tidak.

2. Dia mahukan makanan yang paling akhir

Sekiranya ada potongan kek yang terakhir dalan pinggan, dia sangat mahukannya tetapi apabila dia melihat anda yang comel, bermata bulat besar sedang menjilat keliling bibir dengan lidah kecil anda, dia tidak akan makan bahagian akhir itu. Dia tahu dia akan lebih gembira melihat anda yang memakannya.

3. Dia merasa sakit

Apabila anda menarik rambutnya, apabila anda mencakar dengan kuku tajam anda yang susah untuk dipotong, apabila anda menggigitnya ketika sedang menyusu, ketika anda menendang dan mencakar sewaktu dalam kandungan dan segala kesakitan dibuat oleh anda ketika melahirkan anda.

4. Dia sentiasa ketakutan

Bermula mengangdungkan anda, dia akan lakukan segala termampu untuk melindungi anda. Dialah wanita yang berkata ‘Tidak’ kepada anak jiran yang kecil yang meminta untuk mendukung mu. Susahnya hati dia bila tahu tiada apa yang dia mampu lakukan untuk memastikan keselamatan anda. Sentiasa tidur lewat memastikan anda pulang ke rumah dengan selamat dan bangun awal pagi untuk melihat anda ke sekolah. Ketika tidur, dia sentiasa siap sedia menenangkan anda sekiranya didatangi mimpi buruk ataupun demam pada malam.

5. Dia tahu yang dia tidak sempurna

Dialah yang paling kuat mengkritik diri sendiri. Dia tahu akan segala kelemahannya dan kadang-kadang sehingga membenci diri sendiri. Dia akan merasa segala kekurangan diri apabila memikirkan anda. Walaupun dia mahu menjadi seorang ibu yang sempurna tanpa melakukan apa-apa kesilapan tetapi dia hanyalah manusia biasa. Dia juga berharap sekiranya boleh mengundurkan masa untuk mengelak kesilapan-kesilapan itu. Maka berbuat baiklah terhadap ibu, dan tahulah yang mereka telah melakukan yang terbaik untuk anda.

6. Dia menatapi ketika anda sedang tidur

Terdapat malam-malam yang dia akan berjaga sehingga jam 3 pagi dan berdoa serta berharap yang anda akhirnya tidur. Dia menahan rasa mengantuk ketika mendodoi anda dengan menyanyikan lagu sambil dalam hati berkata “tidurlah… tidurkan…”. Kemudiannya setelah anda akhirnya tidur dia akan meletakkan anda di sebelahnya dalam keletihan yang belum lagi hilang menatap raut wajahmu yang kecil dan comel.

7. Dia mengandungkan anda lebih dari 9 bulan

Dia belajar mendukung kami ketika menyapu sampah, mendukung anda ketika dia sedang makan sehinggakan ketika dia tidur sekalipun. Lengannya mungkin sakit, belakangnya mungkin sakit tetapi tetap mendukung anda kerana dia mahu anda berada disampingnya.

8. Dia berpatah hati setiap kali anda menangis

Tiada lagi bunyi yang sangat menyedihkan bagi mereka melainkan bunyi tangisan dan air mata yang mengalir ke wajah anda. Dia akan melakukan segala yang termampu hanya untuk membuatkan anda behenti menangis dan apabila dia tidak berjaya, hatinya akan retak seribu.

9. Anda diutamakan

Biarpun dia tidak sempat mandi, makan dan tidur tetapi akan memastikan yang anda mendapat semua itu. Dia mungkin akan menghabiskan seharian semata-mata mendapatkan segala keperluan anda sehingga pada akhirnya dia kehabisan tenaga untuk keperluan diri sendiri. Tetapi keesokan harinya dia tetap akan mengulangi perkara yang sama kerana anda sangat bermakna baginya.

10. Dia mengulangi semua perkara itu

Biarpun segala kesakitan, kesusahan, siang dan malam dilalui oleh ibu kita, dia tetap akan melakukan perkara yang sama untuk kita kerana kita sangat bermakna baginya. Maka, sekiranya anda melihat ibu anda selepas ini, ucapkanlah terima kasih kepadanya. Biarkan dia tahu yang anda juga sayangkan dia.



loading...

0 comment... add one now

Note: only a member of this blog may post a comment.